fbpx

Botak lakonan Johan Asari dalam drama Juvana memang meninggalkan kesan sehingga ada si kecil yang cuba meniru aksi-aksi dan perwatakan Botak.

Siapa yang tidak mahu jadi seorang lelaki cool seperti botak?

Watak kasar, budak jahat, gangster mungkin sudah biasa dengan diri Johan Asari tetapi bagaimana pula dengan watak jiwang?

Seperti yang di’pegang Johan dalam siri drama terbaru berjudul Cinta Elysa yang akan ditayangkan mulai 13 September, setiap Selasa jam 9 malam di Slot Lestary, TV3.

Menurut salah seorang forumer di Cari, Johan Asari yang lebih dikenali sebagai Botak, amat susah untuk membawa watak seorang gangster yang jiwang. Tension juga lah krew produksi menunggu Botak ambil mood untuk menghayati watak terutama ketika babak cinta.

Biasa lah tu mungkin Botak tidak biasa membawakan watak seorang mat jiwang tambahan pula dia digandingkan dengan Fasha Sandha. Kalau Rotikaya pun terkelu lidah untuk berlakon.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja kemunculan siri drama Cinta Elysa nanti. Baru lah kita dapat lihat sama ada Botak ada taman dalam hati atau pun tidak.