fbpx

Joe Flizzow Nak Beli Semula Kereta Kancil Ketika Zaman Too Phat

Terkenang kenangan ketika di awal kemunculan Too Phat, penyanyi rap terkenal Joe Flizzow meluahkan hasratnya untuk membeli semula kereta Kancil yang pernah digunakannya satu ketika dahulu.

Menerusi Instagram Malaysian Hustler, Joe meminta pemilik akaun berkenaan memaklumkan kepadanya jika mempunyai maklumat mengenai kenderean tersebut. Malah Joe turut berkongsikan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

BACA: Joe Flizzow, Marini Bakal Nikah April 2020

Terdahulu, Malaysian Hustler ada memuat naik video penyanyi rap baharu, Yonnyboii menaiki kereta kancil. Video itu mengimbau lirik dalam lagu Apa Khabar apabila ada netizen menulis komen dengan lirik lagu tersebut “Lapan orang naik dua kancil tapi semua senang!”

Komen netizen itu sekaligus mendapat perhatian Joe yang meluahkan hasratnya untuk mencari dan membeli semula kereta yang memberi seribu kenangan itu.

Untuk rekod, Too Phat ditubuhkan pada tahun 1998 dan dianggotai oleh Joe Flizzow dan Malique. Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2006.