Joe Flizzow Anggap AJL Dah Tak Relevan
Penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow merancang konsep pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak dari tahun 80-an itu sudah tidak relevan untuk diteruskan penganjurannya dan hanya membuatkan industri muzik menjadi mundur.
Memetik Utusan Online, Joe mendakwa AJL dicipta stesen televisyen bagi mengalahkan rating pertandingan nyanyian lain, Bintang RTM yang popular pada ketika itu.
BACA: Tawar RM100,000 Pun Joe Flizzow Tak Akan Buat Lagu Untuk Founder Produk
Menurutnya lagi, ketika dia memenangi AJL, dia juga tidak mengetahui mengapa lagunya boleh menang dan tidak memahami konsep pertandingan tersebut.
“Analoginya seperti saya minta kamu pergi ke satu galeri. Saya minta kamu senaraikan rating lukisan mana yang paling bagus. Bagaimana kamu tentukan?
“Mereka ada cara untuk mengadili lagu dan memilih pemenang yang saya sendiri tak tahu bagaimana. Walaupun ketika saya menang AJL, saya pun tak tahu mengapa saya menang.
“Bagi kebanyakan orang, AJL adalah world cup tapi bagi saya ia hanyalah hari Ahad yang biasa. Saya tak pernah memahami konsep pertandingan nyanyian ini. Selepas 30 tahun, adakah ia masih relevan?” katanya.
Penyanyi Satu Malam Di Temasik itu juga mempertikaikan kaedah pemarkahan dan kreadibiliti juri yang dilantik mengadili pertandingan tersebut.
“AJL mengumpulkan banyak penyanyi dan para juri akan mengadili mereka. Sebenarnya, siapa kita untuk mengatakan penyanyi itu lebih baik daripada penyanyi yang lain?
“Ada juri yang tidak pernah mempunyai satu pun lagu hit yang dihasilkan dalam hidup mereka. Siapa mereka untuk cakap seseorang artis itu lebih baik?” tambahnya.
Kata Joe lagi, sudah masanya untuk industri muzik mempunyai satu anugerah yang benar-benar relevan dan tidak membuat industri semakin ke belakang.
“Jika sesuatu pertandingan itu membunuh keseluruhan industri muzik, itu bukan cara yang baik untuk kita hasilkan muzik.
“Kita memerlukan satu majlis anugerah seperti Grammy. Kita tak perlukan artis bertanding sesama sendiri dan tentukan kemenangan antara lagu nasyid dengan lagu rock.
“Bagi saya majlis anugerah terbaik pernah saya hadiri ialah Shout! Awards. Kita ada persembahan daripada artis antarabangsa, Sean Kingston. Anugerah itu juga bersifat inklusif meraikan semua genre muzik dan kaum,” katanya.
Dalam pada itu, Joe mengakui dia sudah tawar hati untuk bertanding di AJL serta mendedahkan pernah menolak pelawaan AJL mencalonkan lagu Alhamdulillah bersama Too Phat ketika itu.
“Waktu itu mereka kata lagu Alhamdulillah adalah peluang sangat besar untuk menang AJL kerana ia lagu hit pada masa itu. Mereka minta untuk kami masuk bertanding AJL.
“Saya kata ‘tidak’ kerana kami bukan penyanyi malam kebudayaan.
“Sebenarnya saya sudah tidak mahu masuk bertanding untuk AJL yang lalu. Tapi pengurus saya kata, pasukan saya sudah berusaha keras untuk lagu Satu Malam Di Temasik. Jadi saya masuk sebab mereka,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Alah nigger celup perasan lah ko dah level mollywood sngt. Bro sedar diri laa. Tngk lirik rap ko cm ada agama, cm ada akhlak tp x payah nk kondem sngt laa industry sendiri. Msia ni scene kita industry putik kapas jek. Bkn boleh jd jutawan pun utk satu lagu utk satu album tahun tu. X sama mcm industry kpop, tamilwood, Bollywood pe semua. 1 lagu meletup tahun tu bole jd jutawan dah diorg. Ko nk jual satu single pun susah kt streaming jd x payah kondem stesen tv punya program la! Mrk ada market dan target group mrk. Dan bila stesen tv ni buat duit, berjaya mrk akan ambil artis2 baru bg kerja, bg peluang pd bakat baru, teruskan cycle hayat industry ini utk terus hidup ke zaman seterusnya!!! Ko jgn perasan diri ko besar sngt dlm industry putik kapas kt Msia ni laa!!!!
Nama pun pertandingan kalau tau ko tu mmg x bole terima hakikat yg lagu ko tu bkn bagus mana pun x payah nk salahkan acara atau majlis org. Itu rumah dia, sukahati laa dia nk buat cmne pun. Ko tu yg elok nyanyi dgn kwn2 ko kt kelab2 utk org mcm ko yg minat lagu berckp mcm org gagap tu. Muzik apa mendatar je cmtu. Sound samples cmtu aku boleh buat puluh ribu lps tu edit masukkan dialog runut bunyi drama/filem dan autotune kan suara. X payah ada bakat pun boleh jd artis cmtu!!!!
Cm bodoh jek ayat ko ni…
Poyo la mat.. dah x menang no 1 AJL jd sour loser acah2 AJL x relevant konon… kucing aku pun boleh nmpk expression x puas hati ko bila host announce ko x menang no 1.. wakakaka.. dah merajuk ckp je le merajuk.. nak main label2 bagai nmpk no dengki.. dah kalah byk plk alasan ko itu ini salah ko je x salah! dah tua dah genre hiphop terkinja2 x sesuai dah ngan ko mat.. duduk surau lg baik.