fbpx

Jodoh Sufian Suhaimi, Elfira Loy Putus Di Tengah Jalan

Setelah episod teka-teki mengenai status hubungan mereka di laman sosial oleh peminat Sufian Suhaimi dan juga Elfira Loy, akhirnya ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara pasangan tersebut.

BACA: Elfira Loy Bengang Disoal Isu Putus Tunang

‘Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat”

“Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh”

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” kongsinya kepada BH Online.

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini sudah pun bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan dijangka untuk mendirikan rumahtangga sekitar awal Mac. Menurut portal berita itu lagi, sehingga kini Sufian masih lagi gagal untuk dihubungi. Bertabahlah belaka. Dunia penuh dugaan. (rtky/s)