fbpx

“Jodoh Datang Selepas Tahajud Pukul 4 Pagi”

Seringkali gagal dalam percintaan, Zulin Aziz pernah berasa pasrah dengan ketentuan mungkin jodohnya belum sampai. Terbaru, Zulin berkongsi cerita mengenai dirinya bertemu jodoh selepas menunaikan solat tahajud.

BACA: Zulin Aziz Akui Dilamar Ahli Politik Indonesia

“Selepas tahajud ada seseorang mesej, seseorang yang aku tak pernah suka. Dia mesej pukul 4 pagi. Aku tanya dia buat apa, dia cakap baru selesai tahajud. Eh sama pula, dia tanya khabar, status, dia suruh bagi peluang taaruf dan bernikah”

“Aku baru saja lepas berdoa datang pula lelaki ini macam ni, jantung aku laju macam berlari 10 kilometer. Dia ni ke jodoh aku? Aku pilih dan tawakal, yang lain kerja Allah,” tulisnya di laman Twitter.

Dalam masa yang sama, Zulin mengaku ini kali pertama beliau menjalinkan hubungan dengan seseorang yang tidak disukainya. Mungkin ini percaturan Allah buat Zulin. Semoga segalanya dipermudahkan.

Terdahulu, Zulin seakan memberi bayangan bahawa dirinya bakal berkahwin tidak lama lagi. Malah dalam satu kenyataan, Zulin mengakui sedang mengenali jejaka Indonesia yang dikenali sejak tahun lepas. (rtky/w)