Kongsi Video Bersalin, Elfira Loy Dipuji Langsung Tak Menjerit Masa Meneran
Baru-baru ini, pelakon Elfira Loy ada berkongsikan video momen indah suaminya, Farish Khairol Anuar yang menyambut sendiri kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Video itu dikongsikan Elfira bersempena dengan sambutan Hari Bapa serta menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya kerana menjadi ayah terbaik untuk anak mereka.
BACA: Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Elfira Loy Menangis Tengok Suami Sambut Anak
View this post on Instagram
“We love you so much no matter how annoying you are. You are still amazing. My best moment of you : when you assisting with the birth, sambut anak kita. SubhanAllah,” tulisnya.
Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk suamiya yang dilihat membalas penghargaan yang dibuat isteri tersayang.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Elfira dilihat tenang sahaja ketika bersalin serta mengagumi pelakon itu tidak menjerit ketika meneran.
Elfira dan Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf 2 tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.
- SUMBER
- Cari Forum
Uishh segaknya.. Betui ka Faris ni great father? Sekarang juga sis nak bermadu dengan EL. Toksah cari laki lain dah. El dah siap bagi good feedback hehe. Tak esok.. tahun depan. Jeng jeng jeng heheeee
Ada ke ibu2 yg menjerit masa bersalin??? tu cuma dalam filem je. saya dah anak 3 pun tak pernah menjerit pun. pelik lah
Translation of the whole text will be useful to a pleb like me!
ni artis yang sendu, modal dia cerita dalam kain jew.
ni artis yang sendu, modal dia cerita dalam kain jew. senduuuu
Alhamdulillah…syukor selamat melahirkan cahayamata ye, El.
Masyaallah..cantiknya anugerah Allah. Tahniah buat El & family! Take care to both..mom & baby.
@Senduuuu.. ya saya setuju.. artis sendu, modal cerita dlm kain je.. kan dh sendu.. buat pa2 pun org x mbil tau.. ksian.. try hard sngt..
Nak meneran pun post kat socmed ke? X malu ke?