“Jiwa Saya Ni Ala-Ala Macam Faizal Tahir, Saya Rasa…”
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memberikan teguran secara terbuka kepada usahawan kosmetik itu serta meminta agar Aliff berhenti menyanyi dan tidak lagi memalukan keluarga.
Meskipun sudah meminta ampun pada ibunya dan berjanji tidak akan riak lagi, namun Aliff menegaskan bahawa lagu ada jiwanya dan akan tetap keluarkan lagu juga walaupun diminta oleh ibunya untuk tidak lagi melancarkan lagu.
BACA: Aliff Syukri Minta Ampun Pada Ibu, Janji Tak Mahu Lagi Riak
“Kalau diminta untuk tidak buat lagu lagi..dia macam inilah, lagu adalah jiwa saya. Jiwa saya ni ala-ala macam Faizal Tahir. Saya rasakan..tak salah. Jadi walaupun orang tak suka, tidak mengapalah saya keluarkan juga.
“Walau komposer tak mahu buatkan lagu, saya yang melabur untuk mereka buka lagu untuk saya. Ibaratnya macam itulah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang membuat teguran secara terbuka kepada umum kerana ia sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
“Kalau boleh janganlah kutuk-kutuk di Instagram. Jumpalah secara berdepan. Akan tetapi memang sebelum ini dia ada nasihatkan saya juga.
“Jadi, apabila berjumpa kami berpeluk dan menangis bersama-sama. Itu mengeratkan lagi silaturahim,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Propa.. bosan! Mental…
Dia ni lggg.sdah2 la tu.bosan la
Rotikaya, STOP making stupid people famous.
brader nk ketawa ke nk menangis baca artikel ni
Ko bkn cm FT, ko mcm Sajat! FT dia buat lagu utk kemanusiaan, sibuk dia berdakwah utk kemanusiaan! Ko sibuk promote diri ko sendiri dgn keje2 bodoh dan sia2 ko!
Org suka Faizal Tahir keluarkan lagu..but not you!
Ewww tolonglahhh aku prefer si hakim depression dari dia ni! Tolongggggglah jangan muka tembok sangatttt
Kesian pulak acik kat FT.. disamakan level dgn alip ba ta..
Hahahahhh..
Jiwa FT x sama mcm ko..yg jiwa kacau.
@Acik.. ke si alif yg perasan sama level ngan FT??
booo bodo
kalau toklip cakap “jiwa saya ala diva AA” gerenti diva aa bantai “ you are not my level”
Faizal tahir mmg talented…down to earth..jauh sgt nk buat perbandingan…
Celah mana sama level Toklip dgn FT? :
1- Toklip xde bakat n suara hauk nak mamp*kelaut dalam. FT suara sedap giler n pandai buat lagu.
2- Toklip gila publisiti. FT skg ni byk blkg tabir je.
3- Toklip suara kepit mcm telor kena picit. FT suara bass.
4- Toklip takde taste aka kg.com(tgk jela mv dia). FT international taste(tgk jela mv dia).mybe upbringing dia UK.
5- Toklip spesis belut elektrik. FT mcm taktau nk samakn mcm ape haha
6- Toklip tak reti buat penilaian luaran ICSYV (semua dia teka suara sebijik mcm dia jgk) . FT tak pernah lg kene jemput ICSYV ?
Dahla kang lg byk pulak point haha