fbpx

Selepas filem pendek mereka berjudul My Generasi berjaya mencapai hampir 1.4 juta tontonan di Youtube, JinnyboyTV kini kembali dengan filem pendek baru untuk hiburan anda.

Masih mengekalkan konsep mengetengahkan budaya Malaysia yang unik, kali ini JinnyboyTV berjaya membawa masuk lebih ramai nama terkenal untuk terlibat sama termasuk bintang Youtube dari Amerika Syarikat, Greyson Chance.

Video berjudul Only In Malaysia ini menampilkan barisan perkara unik yang sebenarnya hanya terjadi di Malaysia seperti penunggang motosikal dengan jaket terbalik juga konsep handsfree buatan sendiri seperti dalam gambar.

Filem pendek untuk hiburan anda selepas ini & kami berharap JinnyboyTV boleh tampil dengan lebih banyak video sebegini di’masa hadapan. Memang enjoice!