fbpx

Jimmy Shanley jumpa Perdana Menteri Di Konti

Pengalaman bertemu sendiri dan berkongsi pengalaman peribadi oleh tokoh Perdana Menteri memori yang paling tidak boleh dilupakan Jimmy Shanley tatkala diberi peluang keudara bersama Dato’ Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Peluang tersebut telah diberikan oleh pihak radio UFM untuk segmen “Bersama Perdana Menteri”.

Di dalam segmen tersebut bakal memperdengarkan Perdana Menteri Malaysia kita berkongsi kisah peribadi beliau dan rutin harian yang selalu dilalui sepanjang bergelar Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Menurut Jimmy yang juga deejay stesen itu, temu bual santai tersebut akan disiarkan menerusi UFM pada Jumaat (esok) bermula pukul 7 pagi.

Siaran radio itu hanya boleh diikuti sekitar Lembah Kelang menerusi frekuensi 101.3 FM.

Jimmy berkata, antara topik menarik yang dibualkan mereka untuk rakaman itu ialah gaji bulanan yang diperoleh Najib serta bagaimana beliau membelanjakan wangnya.

Turut diselitkan bagaimana beliau menguruskan diri di rumah dan soal berpakaian.