fbpx

Orang tua da berpesan, bila mula berumahtangga, abaikan cakap cakap orang luar. yang tidak tahu menahu.

Tetapi, khabarnya itulah yang menjadi masalah dalam rumahtangga Jimmi Shanley & isteri’nya, Nursuhaila Eliani seperti di’tulis mStar hari ini.

Nursuhaila Eliani di’khabarkan termakan cakap cakap orang yang mengatakan Jimmi Shanley berkahwin dengan beliau hanya kerana wang & harta.

Di’sebabkan itu, wanita anak kepada jutawan kosmetik ini mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama.

“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” menurut satu sumber.

Kadang kadang perkara sebegini buat kami berfikir, adakah media massa (termasuk kami) ada menyumbang & mempengaruhi situasi untuk menjadi lebih buruk?