fbpx

Jimmy Shanley Bawa Diri Dan Sambut Aidilfitri Di Kota Mekah

Belum berkesudahan kisah rumahtangga Jimmy Shanley dan kedua-dua belah pihak masih belum mengalah.

Dalam kenyataan terbaru kepada GUA, Jimmy Shanley akan menghabiskan Ramadhan & menyambut Aidilfitri di Kota Mekah.

Bertolak 23 Ogos yang lalu, Jimmy Shanley masih berharap ada sinar dalam kemelut rumahtangga beliau & isterinya.

“Saya berharap dapatlah menjalani ibadah puasa ini bersama keluarga dan anak di sisi. Saya hanya merancang, namun semuanya akan ditentukan Allah,” ujar Jimmy Shanley.

Jika anda perasaan, sejak kemelut rumahtangga beliau bermula, Jimmy Shanley sering mengetengahkan soal agama ketika bercakap kepada pihak media.

Termasuk temubual yang terakhir, Jimmy Shanley mengingatkan umat Islam tentang perkara wajib dahulu dalam Ramadhan dan tidak mementingkan yang sunat.