Beberapa hari lalu, cef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan ada berkongsikan perkembangan mengenai kesihatan ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa Cik Ani sedang sakit tenat.
Menerusi satu perkongsian terbaru, Chef Wan memberitahu dia reda jika Allah menjemput ibunya di malam Jumaat serta tidak sanggup melihat ibunya itu sengsara dalam jangka masa panjang.
BACA: Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu
View this post on Instagram
“Ya Allah, di malam jumaat ini kami berdoa sekiranya sudah tiba masanya, ambil la nyawa ibu saya dalam keadaan tenang. Saya tak boleh lihat ibu merana selama ini. Ia sangat menyakitkan,” tulisnya.
Sebelum ini, Chef Wan berkata doktor yang sedang merawat ibunya itu memberitahu ibunya sudah tidak memberikan tindak balas positif.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata dia tidak mahu enggan meletakkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu ibunya pergi dalam keadaan tenang.