Dilihat tenang, usahawan Raf Yaakob menjawab persoalan netizen serta berkongsikan pandangan untuk meneruskan kehidupan selepas gagal dalam perhubungan.
Menerusi video di TikTok, Raf mengakui sukar untuk meneruskan kehidupan apabila sudah menyayangi seseorang serta memberikan segalanya.
BACA: Hormat Bekas Suami, Mawar Rashid Pilih Diam
@rafyaakob ???
Namun, Raf berkata tiada apa yang perlu dipertahankan jika tiada lagi kasih sayang dalam perhubungan serta percaya bahawa Allah mempunyai perancangan lebih baik.
“Memang benar sukar untuk ‘move on’ jika kita sudah sangat menyanyangi seseorang. Kerana anda sudah memberikan segalanya kepada dia.
“Namun pada akhirnya jika perasaan itu tidak lagi bersama dan komitmen yang diberikan tidak selari, jadi untuk apa bertahan.
“Jadikan perkara itu sebagai alasan untuk anda ‘move on’. Belajar untuk menerima bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik,” katanya.
Pada November 2023, status rumah tangga pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.
SUMBER: Oh Bulan