“Jika Ditakdirkan Pasangan Pergi Dulu, Usahlah Meraung Tapi Berdoa”
Sudah genap sebulan pemergian Allahyarham Abam Bocey, kehilangan pelawak itu masih lagi dirasai oleh peminat. Apa yang pasti antara yang paling terkesan sudah tentu ahli keluarga dan isterinya, Nor Hidayah.
Menerusi Instagram, Hidayah meluahkan perasaan dan isi hatinya di atas kehilangan suami tercinta. Menurut Hidayah, dia reda suaminya terlebih dahulu menghadap Ilahi dan mendoakan kesejahteraan arwah.
BACA: Balu Arwah Abam Tak Pernah Minta Sedekah
Dalam pada itu, Hidayah turut menitipkan pesanan wanita yang senasib dengannya bahawa jika ditakdirkan pasangan meninggal dunia agar dikuatkan hati dan sentiasa berdoa kepada Allah.
“Setiap yang hidup, pasti akan mati. Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T.
“Buat Allahyarham suamiku yang tercintaa hari ni genap sebulan abang meninggal kan kami semua. Al-Fatihah Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.
Perkongsian Hidayah itu turut mengundang sebak dikalangan pengikut yang meminta agar terus kuat dan bersabar dengan ujian Allah. Malah, ramai yang mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
- SUMBER
- mStar Online
Dah2 laa akak xyah nk jaja simpati psl org yg dh mati. Hari2 org mati, hari2 baby branak. Itu lumrah hidup, mentang2 suami awak retis yg sdg hangat memuncak kerjaya tiba2 meninggal seolah2 umat Msia ni kehilangan ulamak besar pulak yg boleh bimbang kita dunia akhirat?! Dok diam2 settle hal harta tu dulu laa..
Gila antu kak limah ni.mereng bebenor.si dayah tak tagih simpati pun.yg ko meroyan tu apahal
Antu kak limah… Terkenang pun salah ker?
Tah2 antu kak limah tu si Ali susun kot?
Ya sy pon ditinggalkan arwah suami, tak sempat nak meratap sedih, harta tak seberapa pon abis diungkit. Mg lumrah kehidupan skrg ramai yg gile harta dunia. Alhamdulilah sy dan anak dpt meneruskan hidup sendiri. Perancangan Allah tetap yg terbaik. Ada juga insan yg mengambil berat dan tak lama lagi kami bakal menjadi sebuah keluarga.
win!! ali susun … lol
esok kita tukar plak jd ali agih2, pastu ali maka ambillah, ali singgit faraid, ali wallet :D lenkali jgn mbinatangkan org.. la ni menganjingkan netizen plak die.. hadoii
to antu kak limah – tak nampak pun Hidayah menagih simpati. jangan la busuk hati sangat.