Hampir 10 tahun bergelar pelakon, Eyka Farhana meluahkan rasa syukur terus dihujani denganpelbagai tawaran serta mendapat kepercayaan daripada syarikat produksi dan stesen TV.
Mengakui bertuah rezeki dalam lakonan tidak pernah putus, bagaimanapun Eyka berkata dia enggan terlalu selesa kerana banyak lagi perkara dia perlu pelajari.
BACA: Belanja Gambar Tayang Lurah, Netizen Tegur Eyka Farhana Jaga Aurat
“Memasuki tahun kesembilan dalam industri seni, saya sangat bersyukur dan bertuah kerana masih diberi peluang untuk terus membawakan karakter-karakter yang berbeza.
“Perjalanan selama sembilan tahun dalam industri lakonan adalah proses untuk saya belajar menjadi lebih baik. Saya akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
“Jadi saya tak pernah rasa puas atau cukup sebaliknya banyak lagi perkara yang perlu saya timba andai ingin digelar aktres yang bagus,” katanya.
Dalam pada itu, Eya berkata dia turut menyimpan hasrat untuk bergelar penerbit atau pengarah jika diberi peluang satu hari nanti.
“Bidang lakonan ini adalah satu kerjaya yang perlu digalas sebaik mungkin. Saya sangat menyukai kerjaya ini dan ia sudah sebati dalam diri.
“Namun jika diberi peluang satu hari nanti, saya ingin mengarah atau menerbitkan filem. Tapi bukan dalam waktu terdekat, sebaliknya saya sekadar menyimpan impian saja,”katanya.