fbpx

Jihan Muse Nak Rehat Dulu, Gembira Elly Mazlein Berjaya Meriahkan GV9

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse berkata dia mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk memberi tumpuan pada keluarga serta anak kedua yang baru dilahirkan pada 6 September lalu.

Memetik Harian Metro, perkara itu dikongsikan pihak pengurusan bakat yang dinaungi Jihan iaitu Laugh Out Loud Entertainment menerusi satu kenyataan.

BACA: Jihan Muse Kongsi Wajah Anak Kedua, Pilih Nama Ungku Altamis Barr

Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab berkata Jihan kini berehat seketika apatah lagi baru saja melahirkan anak kedua dan masih dalam tempoh berpantang.

“Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.

“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Afiq berkata, Jihan turut berkongsikan rasa gembiranya ketika menyaksikan GV9 tahun ini dan memuji Elly Mazlein yang menggantikan tempatnya serta mengekalkan kemeriahan program itu.

“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program tv yang sentiasa ‘trending’ (sohor kini) di semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat,” katanya.