fbpx

Pejam celik 25 Februari ini genap lima tahun ulang tahun perkahwinan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu bersama pelakon Sari Yanti.

Baru-baru ini, perkongsian Sari Yanti menjadi perhatian ramai apabila menerima hadiah ulang tahun perkahwinan daripada suami tercinta.

BACA: Netizen Puji Muka Jep Sepahtu Hampir Sama Dengan Anak Tiri

Menurut Sari, hadiah diterimanya itu lebih awal dari tarikh sepatutnya serta mengucapkan terima kasih di atas hadiah istimewa itu.

Lebih menjadi perhatian, Sari turut memuat naik gambar menerima hadiah seutas jam tangan mewah dari jenama Franck Muller.

“Alhamdulillah. Anniversary gift came early . Thank you Sayang . Semoga Allah swt merahmati ikatan kita sampai syurga Jep Sepahtu,” tulisnya,

Perkongsian Sari itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur serta ramai mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Namun, diruangan komen ada beberapa netizen melakukan carian harga jam tangan berkenaan serta mendedahkan ianya berharga ratusan ribu ringgit.

Sari Yanti dan Jep Sepahtu mendirikan rumah tangga pada  25 Februari 2017. Pasangan itu mempunyai tiga orang cahaya mata serta 2 orang anak dari perkahwinan terdahulu Sari Yanti.