fbpx

Netizen Puji Muka Jep Sepahtu Hampir Sama Dengan Anak Tiri

Baru-baru ini, pelawak Jep Sepahtu ada memuat naik foto menyambut hari kelahiran anak tirinya, Barr Al Aliy yang kini berusia 11 tahun.

Menerusi entri itu, Jep mendoakan agar Barr Al Aliy menjadi anak soleh dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.

BACA: Jep Sepahtu, Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga

Perkongsiannya itu menjadi perhatian ramai apabila ramai memuji dan mengagumi hubungan akrab pelawak itu bersama kedua anak tirinya.

Malah, ramai berkata Jep ikhlas menerima anak-anak hasil perkahwinan pertama isterinya itu seperti anak sendir. Tidak kurang juga ada yang mengatakan wajah Jep mirip kedua-dua anak tirinya.

Jep mendirikan rumah tangga dengan Sari Yanti pada Februari 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Sari juga mempunya dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada pernikahannya yang terdahulu.