fbpx

Jep Sepahtu Beri Amaran Akaun Palsu Guna Namanya

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa berang apabila menyedari ada lebih 10 akaun palsu di laman sosial Facebook dan Twitter  yang menggunakan nama dan wajahnya.

Turut memaklumkan perkara itu kepada peminanya, Jep meminta individu tidak bertanggungjawab itu agar segera memadam akaun berkenaan. Ujarnya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu berkenaan.

BACA: Muhammad Khidir Nama Anak Kedua Jep Sepahtu, Sari Yanti

“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang akaun di Twitter.

“Saya mohon apa sahaja akaun yang menggunakan nama saya tolong padam sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je lah ya,” katanya.

Dalam entri tersebut, Jep turut memuat naik satu paparan akaun page Facebook yang didakwa cuba memperdaya orang ramai menggunakan nama dan wajahnya. Akaun tersebut sudah mempunyai pengikut lebih 200,000 orang.

Menurut Jep, page Facebook rasmi miliknya hanya yang menggunakan nama ‘Jep Sepahtu’ dan mempunyai pengikut 1.4 juta. Diruangan komen, rata-rata netizen mengakui ada yang sudah tertipu dengan akaun berkenaan kerana menyangkakan dikendalikan oleh Jep tersebut.