fbpx

Jenazah Michael Jackson Dalam Kaca Untuk Penghormatan Awam?

Update: Keluarga Michael Jackson sendiri mengesahkan yang jenazah Michael Jackson tidak akan di’pertontonkan kepada khalayak. Majlis pengebumian masih dalam perancangan.

Peminat Raja Pop, Michael Jackson telah berkumpul di’luar Neverland setelah mendengar perkhabaran yang jenazah bintang itu akan di’beri penghormatan awam buat kali terakhir.

Pelbagai sumber memberitahu yang penghormatan awam akan di’lakukan Jumaat ini sebelum upacara pengebumian rasmi Ahad ini.

Anggota keluarga Michael Jackson telah berbincang dengan pihak polis & California Highway Patrol berkenaan pengebumian Michael.

Sumber juga menyatakan yang jenazah Michael Jackson akan di’letakkan dalam keranda kaca dan di’terbangkan terus dari Los Angeles ke Neverland.