Pelakon Elfira Loy berkongsikan dia berangkat ke Tanah Suci Mekah pagi tadi bagi menunaikan ibadah haji menerusi jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira berkata dia seakan tidak percaya dengan jemputan di saat akhir itu serta memohon maaf seandainya ada yang terguris hati dengannya.
BACA: Elfira Loy Rindu Nak Solat Dengan Khusyuk
View this post on Instagram
“Saya menyambut baik panggilan Allah , melalui sambutan Haji dibawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah disaat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa.
“Di saat akhir, selepas menghantar ibu ke haji, saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik, baik sangat dengan saya, terima kasih ya Allah,” katanya.
Sementara itu, Elfira berkata dalam keadaan tangan yang masih menggeletar ketika menaip perkongsian berkenaan serta memohon doa agar urusannya dipermudahkan.