fbpx

Jelajah Suria Di Kuantan, Pahang Dibanjiri Peminat Kugiran Masdo!

Aura Kugiran Masdo tidak dapat disangkal lagi apabila ribuan peminat mereka di sekitar Pahang membanjiri Jelajah Suria 2019 di Kuantan City Mall, baru-baru ini.

Kugiran Masdo yang pertama kali menyertai Jelajah Suria turut mendendangkan lagu popular mereka iaitu Bercanda Di Malam Indah dan Dinda sehingga membuatkan peminat mula berdiri dan berasak ke hadapan pentas untuk menyaksikan persembahan mereka dengan lebih dekat.


Persembahan Kugiran Masdo ini turut disiarkan secara langsung menerusi frekuensi SURIA di seluruh Semenanjung Malaysia dan menarik lebih 15 ribu jumlah tontonan menerusi platform media sosial Facebook Suria FM.

Penyampai Suria, Issey turut tidak menyangka persembahan lagunya Alololo mendapat pelbagai reaksi daripada warga Kuantan.

Issey berkata penerimaan orang Kuantan terhadap lagu Alololo membuktikan bahawa sasaran lagu tersebut untuk menghiburkan orang ramai itu ternyata menjadi.

Kuantan City Mall, Kuantan Pahang merupakan lokasi kedua Jelajah Suria untuk tahun 2019 yang turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Amir Masdi, Nizam Laksamana, Fieya Julia, Siti Sarah dan Kucaimars selain daripada penampilan istimewa penyampai-penyampai Suria seperti Fizi Ali, Issey, Cik Piah, , Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Selain menyaksikan persembahan artis, pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti pentas seperti Kutu Karoks, Cuci Lagu Suria dan permainan pentas lain yang menawarkan wang tunai dan barangan eksklusif dari Suria FM.

Pertandingan Kutu Karoks merupakan antara aktiviti yang paling dinanti setiap kali Jelajah Suria. Seawal jam 12 tengah hari lagi, ribuan peserta beratur bagi mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan yang menawarkan wang tunai berjumlah hampir RM500 dan hamper tajaan syarikat rakaman FMC.


Lokasi Jelajah Suria seterusnya di AEON Station 18, Ipoh pada Sabtu ini, 30 Mac 2019 yang akan menampilkan kesemua penyampai Suria dan artis jemputan seperti Andi Bernade, Amir Ukays, Adira, Amir Masdi, Siti Nordiana, Tajul, Fareez Fauzi, Muna Syahirah, Naim Daniel dan Vicha.

Jadi anda jangan lupa untuk dapatkan maklumat dan perkembangan terkini Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Gunakan #JelajahSuria2019 untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.