fbpx

Jejai Dapat Gelaran Datuk, Nora Danish Ucap Tahniah

Pelakon Nora Danish mengucapkan tahniah buat bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai yang dikurniakan yang dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh bekas ibu mentuanya, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di Instagram miliknya.

BACA: Kongsi ‘Birthday’ Dengan Aidil, Fasha Sandha Doa Jejai Cepat Dapat Jodoh

Menerusi ruangan komen itu, Jejai turut membalas ucapan terima kasih buat pelakon itu. Dalam pada itu, ibu Nora yang juga bekas ibu mentua Jejai turut mengucapkan tahniah.

Difahamkan, Jejai menerima darjah kebesaran itu sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-64, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara pada 4 Ogos lalu.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 namun bercerai pada Julai 2008. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Putra Rayqal kini berusia 14 tahun.