Sedang dilamun cinta, sebelum ini pempengaruh media sosial, Ameera Khan berkata dia tidak boleh tanpa kekasihnya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Terbaru, Jefri dilihat ada berkongsikan di Insta story memaparkan tatu huruf AK berwarna merah pada jari manisnya.
BACA: “Good Looking, Kalau Jefri Ada Segalanya Tapi Bukan Playboy, Itu Saya Risau”
Meskipun tidak menjelaskan lebih lanjut, namun peminat tahu bahawa tatu AK itu dipercayai akronim kepada nama pempengaruh media sosial itu.
Terdahulu, Ameera berkata dia lebih mengenai Jefri berbanding orang ramai berikutan ada yang meninggalkan komen melabel kekasihnya sebagai lelaki ‘red flag’.
Sebelum ini, Jefri dikecam teruk oleh netizen selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita dan mengaku pernah makan daging babi untuk menambah berat badan sebagai persediaan perlawanan tinju.
SUMBER: Astro Gempak