fbpx

Sedang dilamun cinta, pempengaruh media sosial, Ameera Khan berharap hubungannya dengan aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol akan kekal selamanya.

Menerusi siaran langsung di TikTok, adik kepada selebriti terkenal Neelofa dilihat sedang membuat panggilan dengan Jefri ketika mempromosikan produk pemerah pipi (blusher).

BACA: Ameera Khan, Jefri Nichol Berpegangan Tangan

“Pastilah saya mahu hubungan dengan dia berkekalan.” Saya harap begitu, insya-Allah dan berdoa untuk terus bersama dengannya,” katanya.

Ketika siaran langsung tersebut, Jefri turut mengusik Ameera dengan mempersoalkan respons diberi kekasihnya iaitu ‘i hope so’ (saya berharap) apabila ditanya mengapa memberi jawapan yang sebegitu.

Sementara itu, Ameera memberitahu dia berdoa agar hubungan mereka berkekalan.

“Insya-Allah sayang, pasti saya nak ‘end up’ dengan awak,” katanya.

Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen melabel kekasihnya sebagai lelaki ‘red flag’, bagaimanapun Ameera berkata dia lebih mengenai Jefri berbanding orang ramai.

“Dia playboy? Bagus! Lelaki kalau dia good looking, popular dan memiliki segala-galanya tetapi bukan playboy, saya akan lebih risau. Dia ‘red flag’? Saya nampak menarik dalam warna merah. Merah adalah antara warna yang sangat cantik.

“Saya boleh bergurau dengan semua komen anda sebab saya tidak mengambilnya secara serius sebab saya kenal dia secara peribadi tetapi anda tidak,” katanya.

Terdahulu, Jefri dikecam teruk oleh netizen selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita dan mengaku pernah makan daging babi untuk menambah berat badan sebagai persediaan perlawanan tinju.

SUMBER: Kosmo