Lagu kolaborasi pasangan Mizz Nina & Jay Park nampaknya menjadi dan mendapat sambutan ramai daripada peminat di Malaysia mahu pun peminat bintang kpop itu di Korea.
Mengambil tajuk lagu yang sama, Mizz Nina hari ini secara rasmi telah mengumumkan konsert pertama beliau canadian pharmacy no prescription yang di’beri nama Around The World Concert & akan berlangsung pada 18 Mei 2013 ini.
Menurut Mizz Nina konsert ini merupakan impian beliau sejak dahulu lagi selain daripada merasakan yang sudah tiba masanya untuk beliau mengadakan sebuah konsert khas untuk para peminat.
Menariknya, Jay Park turut di’sahkan akan membuat penampilan khas pada konsert yang akan berlangsung selama sejam dan di’iringi oleh live band di KL Live, Life Centre Kuala Lumpur.
Kepada yang berminat untuk melihat aksi lincah Mizz Nina & juga Jay Park, tiket tiket berharga RM70 telah mula di’jual untuk masa terhad dan boleh di’dapati menerusi laman AirAsia Redtix. Jom!