fbpx

Jay Chou Turun Malaysia Hujung Minggu Ini Untuk Promosi The Viral Factor

Jarang sebenarnya untuk kami teruja dengan filem Hong Kong tetapi The Viral Factor memang ada faktor untuk kami tonton.

Filem aksi arahan pengarah terkenal Hong Kong, Dante Lam ini akan menampilkan Jay Chou & Nicholas Tse sebagai teraju utama sebagai pasangan adik beradik.

Hujung minggu ini iaitu pada 15 Januari 2012, Jay Chou dan Dante Lam akan turun ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan filem ini.

The Viral Factor telah menjalani pengambaran di beberapa lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur dan krew produksi dan para pelakon berkampung di’sini selama dua bulan untuk menjayakan pengambaran — kos penginapan mereka RM70,000.

Malam gala tayangan perdana The Viral Factor akan berlangsung di Golden Screen Cinemas, Pavilion KL dan bermula 7.30 malam. Peminat Jay Chou & Dante Lam jangan lepaskan peluang bertemu mereka.