Sekali lagi bergelar Ironman Langkawi 2019 apabila berjaya menamatkan cabaran dalam masa 15 jam, rata-rata netizen memuji kesungguhan dan mengagumi kekuatan fizikal pelakon dan pengacara Alif Satar.

Namun, ada netizen mempersoalkan bagaimana Alif menunaikan solat jika 15 jam berada di acara tersebut. Sebelum ini, Alif sudah pun menjelaskan pihak penganjur turut menyediakan tempat khas untuk umat Islam menunaikan kewajipan mereka.


BACA: Tamatkan Ironman 15 Jam, Netizen Persoal Solat Alif Satar

Nampaknya, segala persoalan netizen akhirnya terjawab apabila Alif berkongsikan video bagaimanapun dia menunaikan solat dan mengambil wudhuk ketika perlumbaan.

Perkongsian dan pengarangan Alif itu mendapat pujian ramai netizen termasuk rakan-rakan artis. Malah, Mat Redho turut mengatakan solat itu perkara mudah dan tidak sepatutnya netizen bertanyakan tentang hal itu.

Ada yang mengatakan, Alif Satar boleh dijadikan sebagai contoh baik kepada masyarakat terutamanya anak muda. Tidak kurang juga, ramai yang menjadikan Alif sebagai inspirasi serta mengatakan inilah ironman yang sebenar.