UPDATE: Sah! Jarno Trulli & Heikki Kovalainen Pemandu Team F1 Lotus (Utusan Malaysia)


The New York Times semalam ada melaporkan yang kedua-dua pemandu ini sedang berada di’Malaysia.

Kebetulan dengan pengumuman yang akan di’buat oleh Perdana Menteri esok, Jarno Trulli & Heikki Kovalainen adalah nama yang di’ebut-sebut untuk menggalas tugas sebagai pemandu Team F1 Lotus.

Jarno Trulli sebelum ini memandu untuk Toyota hanya pernah memenangi satu perlumbaan Grand Prix di Monaco (2004) ketika bersama Renault.

Heikki Kovalainen pula sebelum ini memandu untuk McLaren Mercedes (gandingan Lewis Hamilton) sebelum tempat beliau di’ganti secara rasmi oleh Jenson Button.


Kedua-dua pemandu ini nampaknya mempunyai banyak pengalaman bersama pasukan yang lebih besar, cuma belum bernasib baik untuk menyerlah.

Siapa tahu, kemunculan bersama Team F1 Lotus Malaysia bakal memberi peluang buat mereka. Tanpa Michael Schumacher, kejutan lebih sedang terjadi. You know what I mean.