fbpx

Janna Nick Terkejut Lagu Gatal Jadi Perhatian PSY

Sejak lagu single nyanyian Janna Nick berjudul Gatal dilancarkan pada Februari lalu, lagu itu menjadi perhatian sampai ke luar negara.

Nampaknya, lagu ciptaan vokalis Drama Band, Aepul Roza itu mempunyai kekuatan tersendiri hingga melekat di telinga pendengar. Terbaru, hangat diperkatakan apabila lagu Gatal itu turut mendapat perhatian superstar antarabangsa iaitu PSY.

BACA: Janna Nick Sedih Dikutuk Gemuk, Paha Besar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PSY (@42psy42)

Memetik portal BOOM!, Janna mengakui gembira dan teruja apatah lagi superstar dunia memilih lagunya itu dalam masa sama mempromosikan lagunya.

“Memang gembira sangat-sangat. Itu saja cara saya nak gambarkan perasaan saya sekarang ini. PSY kot… Siapa yang tak gembira superstar dunia macam dia pilih lagu kita? Lepas tu dia promote pula di Instagram yang ada pengikut berjuta-juta. Siapa tak suka?” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PSY (@42psy42)

Dalam pada itu, komposer lagu tersebut iaitu Aepul turut meluahkan rasa syukur lagu ciptaannya itu didengari sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah tak sangka Gatal dapat perhatian sampai ke sana (Korea). Pengalaman baharu untuk saya sebagai pencipta. Plus, it was a great job from Janna dan juga marketing team dia,” katanya.