Janna Nick Membesar Dalam Broken Family, Tiada Siapa Yang Bimbing
Melihatkan perwatakan Janna Nick, sememangnya ramai berpendapat pelakon dan pengacara itu seorang yang sangat ceria dan aktif.
Namun, ada kisah disebalik kehidupan Janna yang mmebesar dalam ‘broken family’. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan temu bual Janna yang menceritakan kisah hidupnya.
BACA: Janna Nick Terkejut Lagu Gatal Jadi Perhatian PSY
Menurut Janna, ibu bapanya bercerai ketika dia darjah tiga dan memilih untuk tinggal bersama neneknya kerana dia merasakan ia merupakan keputusan yang terbaik.
Kata Janna lagi, dia memaksa dirinya menjadi seseorang yang ektrovert kerana mahu menghiburkan diri sendiri supaya tidak berasa sunyi.
I can feel you Janna Nick. Hanya orang yang dibesarkan daripada Broken Family je akan faham apa yg dia rasa pic.twitter.com/5I4bwZ7OaC
— Naz ? (@_NazriH) July 10, 2022
“Saya banyak membesar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang orang nampak sisi saya yang extrovert. Tapi sebenarnya saya terpaksa jadi extrovert sebab saya rasa saya kena hiburkan diri saya,” katanya.
Janna berkata lagi, sejak kecil lagi dia sudah membuat keputusan sendiri dan tidak mendapat bimbingan daripada siapa-siapa.
“Kalau saya balik pukul 4 pagi pun, mak saya tanya dekat mana je, mak saya akan biar je. Tapi bukan sebab mak saya tak bertanggungjawab, tapi mak saya percaya dengan saya. Itu yang menjadikan saya hari ini,” katanya.
Sementara itu, Janna berkata selepas ibu bapanya bercerai dia tidak merasakan hari raya sesuatu yang menyeronokkan.
- SUMBER
- Cari Forum
- Media Hiburan
Semua org ada kisah sedih zmn silam masing2 waima anak orka ke bangsawan ke tetap hidup ni x sempurna walau org luar nmpk mewah dan bahgia. Tp tu x bermakna kita sesuka hati nak bg alasan sampai buat perangai pelik2 kt public sbb kisah silam masing2. Itu tak bertanggungjawab namanya!
Kesian Jana yg terpaksa melalui kehidupan yg sedih sejak kecil. Mungkin sbb itulah dia menghidapi bipolar syndrome. Takpa Janna kuatkan semangat utk melepasi rintangan masa lampau agar kebahgian akan dtg jua.