fbpx

Janna Nick Minta Peminat Doa Keselamatan Di Taiwan

Berada di Taiwan atas urusan kerja, Janna Nick cemas apabila negara itu dilanda gempa bumi Selasa lalu. Jelasnya ketika kejadian berlaku beliau sedang mandi namun dapat merasa gegaran berukuran 5.3 magnitud pada 10.47 malam.

BACA: Mirip Izara Aishah, Ibu Janna Nick Jadi Perhatian

“Saya okey, cuma masih terkejut dan takut ketika mengetahui gagaran yang berlaku adalah gempa bumi. Saya tidak sempat buat apa-apa ketika itu kerana sedang mandi dan keadaan bergegar dalam beberapa saat”

Masih perlu berada di negara itu sehari lagi, Janna meminta peminat mendoakan keselamatannya ketika di sana. Manakala menerusi Instagram, Janna sempat menceritakan kejadian tersebut dan meminta maaf kepada semua.

“Saya ada satu malam lagi di sini doakan saya selamat. Saya baru berdepan pengalaman gempa bumi di Taipei, apa pun minta maaf dulu semua dan halalkan segalanya,” katanya kepada m Star Online.

Kami harapkan Janna baik-baik sahaja sepanjang berada di sana, semoga segalanya berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan Taiwan antara negara yang kerap berlaku bencana alam gempa bumi, paling terbaru pada 7 Febuari lalu. (rtky/w)