fbpx

Dini Schatzmann Tak Ambil Tahu Hal Janna Nick

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan dalam satu video statusnya kini single sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen mengenai hubungannya dengan Dini Schatzmann.

Menerusi Instagram, Janna dilihat sering berkongsikan kata-kata hikmah menggambarkan dirinnya seolah kecewa baru putus cinta, namun ada netizen meluat membaca luahan pelakon itu.

BACA: Netizen Meluat Baca Luahan Putus Cinta Janna Nick

Memetik mStar Online, pelakon Dini Schatzmann berkata apa apa saja luahan Janna itu itu adalah hal peribadi yang tiada kaitan dengan dirinya.

“Apa yang dilakukan Janna adalah kehidupan peribadinya. Personal dia adalah personal dia, dan personal saya adalah personal saya. Maaf saya tak mahu komen apa-apa tentang perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dini juga enggan mengulas dakwaan kisah ‘putus cinta’ oleh teman wanitanya itu adalah gimik untuk lagu baru nyanyian Janna.

Malah, Dini hanya berlalu pergi apabila ditanya mengenai status terkini hubungannya dengan Janna.

Bulan lalu, hangat diperkatakan mengenai kisah cinta Janna dan kekasihnya didakwa sudah berakhir. Malah, Janna dikhabarkan membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan.