fbpx

Janna Nick Bagi Amaran Pada Dini Schatzmann Kalau Nak Kahwin Dua

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai isu suami curang dan berkahwin dua sekaligus menimbulkan kemarahan para wanita di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, pelakon Janna Nick turut terkesan dengan isu berkenaan. Namun, Janna memilih tidak mengulas mengenai perkara itu kerana tidak mahu masuk campur hal rumah tangga orang lain.

BACA: Isu Perli Pengacara Lain, Janna Nick Hanya Ikut Skrip

@jannanickofficial

GET UNREADY WITH ME ?

? original sound – jannanick95 – jannanick95

“Tadi masa balik Famili Duo okay lah. Lepas tu, masa dalam perjalanan balik tu saya tengok kat TikTok ada berita yang buat saya emosi. Sebagai isteri, saya rasa emosi.

“Tapi, after all it’s people’s life. Kita tak tahu apa yang berlaku. Saya taknak masuk campur dalam hal rumah tangga orang sebab kita tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

“Saya rasa semua perempuan akan terasalah dengan situasi ni bila ada perempuan lain yang kena tipu dengan suami, semua orang akan terasa.  Kalau sebelum kahwin tak kisah, tapi lepas kahwin macam memang terkesan,” katanya.

Sementara itu, Janna sempat memberikan amaran kepada suaminya, Dini Schatzmann. Janna turut meminta suaminya tidak berlaku curang di belakangnya sebaliknya mengaku kepadanya.

“Saya bagi tahu awak sekarang, andai kata suatu hari nanti awak dah tak ada perasaan dekat saya, awak tak suka saya dah, awak dah tak sayang saya dah, jangan curang belakang saya. Itu isu yang saya tak boleh terima.

“Kalau benda tu berlaku kat awak jangan curang di belakang saya. Have some balls and come face me. Kalau berani curang, beranilah ada telur datang tunjuk dan mengaku,” katanya.