Pengacara Janna Nick berkata dia tiada masalah dengan rakan selebriti iaitu Elly Mazlein susulan dakwaan memerlinya ketika mengacarakan Famili Dou minggu lalu.
Memetik mStar Online, Janna berkata Elly ada menghubunginya selepas insiden tersebut dan tiada isu antara mereka serta semuanya baik-baik saja.
BACA: “Bila Si Bangang Berkata-Kata…Kurang Ajar Kau Ni” – Elly Mazlein Sound Netizen
“Kak Lina ada menelefon saya…Kami berbual, tak ada isu. Sebagai rakan artis hubungan kami semuanya baik-baik saja. Saya dengan abang Nabil pun semua okay tak ada masalah,” katanya.
Dalam pada itu, Janna berkata sebagai pengacara dia hanya mengikut arahan penerbit dan skrip yang disediakan. Ujarnya lagi, dia apa yang dilakukannya itu tidak dilihat sebagai satu kesalahan.
“Sebenarnya perkara (memerli) itu memang ada dalam skrip tapi apabila kita bercakap secara kasual, saya tambah ‘rasa’ sikitlah.
“Secara peribadi kita memang tiada isu dengan mana-mana pihak. Dalam industri ini kita lebih mengenali sesama rakan artis.
“Bila bekerja kita kena ikut kehendak penerbit. Kalau penerbit nak minta kita bakar line kita buat. Kalau penerbit suruh tone down, kita ikut cara baik.
“Saya kena buat kerja dengan jujur dan ikhlas. Kalau penerbit minta saya tukar cara penyampaian 100 peratus, saya akan tukar,” katanya.
Sebelum ini, Janna didakwa memerli Elly selepas pengacara itu menarik diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza.