fbpx

“Janganlah Sampai Panggil Saya Kafir”

Gara-gara memuat naik gambar lama tidak berhijab, Fathia Latiff dikecam teruk oleh peminat hingga menggelarnya kafir. Kecewa dengan tuduhan itu, Fathia tampil menulis di Instagram mengenai kekecewaannya dan baginya perkataan ‘kafir’ itu sanga sensitif.

BACA: “Kenapa Naik Gambar Buka Tudung?”

Beberapa hari lalu, Fathia ada memuat naik gambar lama, menunjukkan beliau memakai topi dan tidak bertudung. Ramai mempersoalkan tindakan pelakon itu yang sengaja mencetuskan kontroversi lagi, walaupun ruangan komen pada gambar sudaha awal ditutup olehnya.

Bermacam andaian dibuat bila Fathia memuat naik gambar tersebut, ada menganggap beliau bakal mengikut langkah Uqasha Senrose, ada juga mendakwa Fathia hanya mencari publisiti murahan kerana sudah tidak laku.

Kami pun pelik dengan tingkah laku Fathia kebelakangan ini, mungkin ini adalah perangai beliau yang sebenar atau sekadar menghilangkan tekanan. Tapi perasan juga akhir-akhir ini, Fathia banyak meluangkan masa di rumah sahaja berbanding kerja. (rtky/w)