fbpx

“Kenapa Naik Gambar Buka Tudung?”

Baru-baru ini ada perasan Fathia Latiff memuat naik sekeping gambar tidak berhijab ke laman sosial dengan kepsyen ‘throwback’. Tidak pasti apa tujuannya, tetapi yang pasti ramai yang tidak senang dengan tindakan pelakon itu yang kini sudah berhijab.

BACA: Fathia Latiff Diserang, Diugut Dengan Peluru

Menerusi Instagram, Fathia telah memuat naik gambar menunjukkan beliau memakai topi berwarna merah, tidak berhijab kerana menampakkan rambut di bahagian tepi telinga. Mungkin tahu apa yang dilakukannya salah, Fathia sudah awal-awal mematikan ruangan komen di bawah.

Tidak terhenti disitu, Fathia nampaknya tidak dapat mengelak serangan peminat apabila gambar seterusnya dipenuhi dengan komen pedas mengenai gambar tidak bertudungnya beberapa hari lalu. Ramai menjangka pelakon itu bakal mengikut jejak langkah Uqasha Senrose tidak lama lagi.

Kalau betul Fathia ingin memberi ‘hint’ mengenai tindakannya selepas ini seperti Uqasha melalui gambar tersebut, kita tunggu dan lihat sahajalah. Rasanya Fathia sedar perkara itu salah, tapi masih mahu melakukannya. (rtky/w)