“Janganlah Sampai Cerai, Benda Boleh Bincang”

Status rumah tangga pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Mawar dan Raf berkata fokus utama mereka kini adalah memberi sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak dan mereka masih menjalin hubungan baik.

BACA: Mawar Rashid, Raf Yaakob Bercerai

Sementara itu, menerusi ruangan komen di Instagram Raf, ada segelintir netizen meluahkan rasa sedih sebaik saja mengetahui berita berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berharap jodoh mereka masih panjang dan berbincang sebelum membuat keputusan untuk berpisah demi anak-anak.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan yang dikongsikan tengah hari tadi, Mawar dan Raf tidak mendedahkan bila mereka memfailkan cerai.

Terdahulu, sumber Harian Metro memberitahu pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.

×