“Janganlah Cerita Cinta Je, Cuba Pula Topik Kemanusiaan & Perjuangan”
Melihatkan banyak drama yang sering disajikan diadaptasi daripada novel kisah cinta, penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam berharap stesen TV mengubah mentaliti.
Memetik laporan Harian Metro, Yusof berkata stesen TV perlu cuba untuk mengubah mentaliti penonton daripada mengejar rating semata-mata.
BACA: Yusof Haslam Dilantik Kali Kedua Pantau SPRM Bantu Tangani Rasuah
“Banyak karya novel mengenai kemanusiaan, orang kampung dan perjuangan anak-anak Felda misalnya. Stesen TV kena cuba dan ubah mentaliti untuk ‘sogok’ kisah sebegitu kerana penonton jemu dengan kisah cinta.
“Saya bukannya anti cinta tapi banyak lagi kisah-kisah novel yang bagus untuk dijadikan drama atau filem. Memang susah nak puaskan hati penonton dan ia terlalu subjektif.
“Kenalah buat sesuatu kerana di Barat, karya selain cinta sangat sukses. Stesen TV boleh berbincang dengan pihak Dewan Bahasa Pustaka (DBP) misalnya untuk buat drama daripada novel,” katanya.
Dalam pada itu, beliau percaya bahawa pengarah juga memainkan persanan untuk tampilkan kreativiti terbaik dengan mengolah kisah novel agar lebih menarik penonton.
“Untuk pastikan kejayaan sesuatu adaptasi, itu memang kerja pengarah untuk memastikan corak penceritaannya tidak tepu,” katanya.
Ujarnya lagi, beliau melihat pengarah, Osman Ali memiliki kelebihan itu serta menyifatkannya seorang yang bijaksana.
“Dia ada kebijaksanaan, penghayatan dan meruntun jiwa dalam pengarahannya. Apabila bezakan dengan novel, memang bagus olahannya.
“Penulis novel juga perlu bertoleransi dalam hal ini untuk beri kebenaran bagi menokok tambah elemen komersial. Apapun, elemen itu mesti ada untuk tarik penonton,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Payah datuk oiiii. Populasi rakyat malaysia yg menonton tv channel 123, 7, 8, 9 dan astro drama, majoriti berfikiran rendah dan nk jugak tema cinta berlebihan.
Produser buat pun utk untung. Derang pun nk jugak kaya mcm datuk.
Maybe KERAjaan yg baik akan buat kempen menonton drama & filem bukan bertema cinta. Tp KERAjaan mana yg nak supaya org melayu berjaya dan mentaliti tinggi? Melayu yg rendah mentaliti lbh mudah ditekan dan ditipu oleh maluapabosshang. Kan! Kan!
Payah datuk oiiii. Populasi rakyat malaysia yg menonton tv channel 123, 7, 8, 9 dan astro drama, majoriti berfikiran rendah dan nk jugak tema cinta berlebihan.
Produser buat pun utk untung. Derang pun nk jugak kaya mcm datuk..
Maybe KERAjaan yg baik akan buat kempen menonton drama & filem bukan bertema cinta. Tp KERAjaan mana yg nak supaya org melayu berjaya dan mentaliti tinggi? Melayu yg rendah mentaliti lbh mudah ditekan dan ditipu oleh maluapabosshang. Kan! Kan!
Drama cinta ke filem cinta ke xde masalah sbb citer2 P.Ramlee yg popular pun kisah2 cinta jugak. Apa yg penting keseimbangan. Adakah sesuatu naskah atau kerja ‘seni’ itu ada mesej yg membina, kritikal dan memberi impak yg positif utk dihadam oleh penonton atau peminat?! Kalau korg buat kisah perjuangan ke, kisah masyarakat ke, kisah survival atau based on true story ke kalau kualiti teruk, x memberi inspirasi kpd penonton pun xde makna! Bg aku industry ini perlu fokus kpd kualiti penceritaan x kisah apa pun topiknya yg penting ia mampu menjadi pengajaran, inspirasi, nostalgia dan penuh dgn elemen2 budaya pd zaman itu mcm karya2 P.Ramlee. P.Ramlee bukan buat filem yg berat2 atau terlalu artistik pun. Tp Allahyarham bijak simplified topik2 yg berat utk dihadam dan jd pengajaran kpd public!
Abes tu yg ko dlu beria wat citer sembilu bagai. Mende tu sial.
Awak produksi besar, dah established, bnyk modal so jgn sembang kari laa! Awak start laa buat drama2 yg based on true story kisah2 legenda sukan ke, legenda pendidikkan ke, ekonomi ke, politik ke, legenda anak seni ke. Buat laa dulu, set your standard and then bila benda tu dah jadi org lain org ikut! Org melayu ni kan suka meniru. Bila ada org lain mulakan benda baru dan dpt sambutan nnt ada la yg ikut. Tp kalau x jadi org gelakkan ajer laa. Org akan kata alah dia tu berangan, ambitious sngt, x sedar kemampuan xde tp konon nk buat perubahan. Ha melayu kan suka ckp cmtu…
Ala x payah tngk barat laa tngk drama2, thai, korea, jepun, singapore, hong kong mrk bnyk jek buat tema zmn dulu2 zmn kuan tong, tok pekong tp masih dpt sambutan. Tp drama2 melayu sngt terbatas dgn kisah konflik rumahtangga, rebut harta, cintan cintun yg x mencerdikkan jiwa, lawak2 bodoh yg x jd dan kisah seram yg sngt cringe dan predictable! Salaj sapa semua ni? Xde penulis skrip, pengarah yg pandai2 ke kt Msia ni?! Semua level2 syok sendiri dan sesuai ditonton oleh wanita2 dan puteri2 umno jek ke?!!!!
Apa yg ko merepek kt atas tu seytonnnn??
Media tu kan alat propaganda pemerintah. Tp org2 melayu dungu ni bkn faham pun. Yg mrk tau nak puja retis pujaan mrk jek. Dah yg duduk kt media2 tu mmg semua macai2, barua2 parti politik krjn. Dah tentu dia tayang benda2 yg melayan fantasi peminat.
Alaa…cerita kesah cinta kan murah kosnya.. soting dlm bilik, dlm keta, shopping mall, kat pantai…minum2 ..
prop pun senang atau xde langsung
aku tengok netflix je lagi baloi drp drama melayu yg bodoh
@frank padu mantap mantol… N rakyat Maha bengap pun mengadaplah TV supaya minda2 xberkembang Dan mengharapkan kerajaan dedak… Bila ssh salahkan Cina n melalak lagi minta dedak.. Yess dedak forever.