fbpx

“Jangan Tertipu Dengan Wanita Lemah Lembut”

Terlebih dahulu, tidak pasti adakah ini pengalaman peribadi atau sekadar pendapat. Menerusi Twitter, Zizan Razak memberi nasihat kepada peminatnya mengenai wanita yang nampak sahaja lembut tetapi sebenarnya garang dan bengis apabila sudah menjadi teman wanita.

BACA: Johan Nasihat Zizan Razak Untuk Cepat Kahwin

Kenyataan nakal itu bagaimanapun membuatkan peminat geli hati dan mula mengusik pelakon dan pelawak itu mengenai hubungan ‘teman tapi mesra’ dengan Mira Filzah. Ada yang mendakwa kenyataan itu dituju khas untuk Mira yang memang terkenal dengan sikap lemah lembutnya.

Kalau betul ini pengalaman peribadi Zizan, eloklah orang kata teman wanita yang garang ini selalunya sangat penyanyang dan setia. Rata-rata peminat yang melihat ‘tweet’ Zizan itu mula ‘tag’ nama Mira di ruangan komen.

Tidak dinafikan wanita memang hampir keseluruhannya garang apa lagi apabila sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Bertabahlah Zizan, dalam garang tu pasti ada manjanya kan! (rtky/w)