Johan Mahu Zizan Razak Kahwin Supaya Tahu Makna Kehidupan
Siapa tidak tahu hubungan akrab antara Johan Rajalawak dan Zizan Razak. Melihatkan Johan yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak pasti membuatkan Zizan juga tidak sabar untuk berkahwin. Malah Johan juga akui mereka sering berbincang mengenainya sehingga supaya Zizan dapat menemui makna kehidupan yang sebenar dalam perkahwinan.
BACA: “Saya Tak Nak Anak-Anak Tinggal Solat”
“Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak. Dia juga kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya berkahwin dengan cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan yang sebenar”
“Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin. Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.
Bagi Johan, setiap individu yang berkahwin pasti akan bersikap lebih matang biarpun masih di usia muda kerana pengalaman berumah tangga itu sendiri banyak mengajar manusia menjadi insan yang lebih baik. Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti jelita seperti Juliana Evans, Emma Maembong dan yang terkini, Mira Filzah. (rtky/w)
begitu
iyaa
setuju
Nak cepat nak lambat kena buat pilihan yang terbaik.. Sedangkan kalau beli selipar pun kita pilih betul2 untuk dipakai.. Apa lagi jodoh.
Biar lambat asalkan terbaik ;)
indah kata2… pengalaman berumahtangga tu mengajar manusia bertanggung jawab dan lebih baik. Tapi yg tak indah tu, terdapat ada pasangan yg abaikan kata2 tu, serta lebih suka ambik jalan pendek utk bercerai bila dah rasa tertekan sbb di belenggu dgn permasalahan.
dah laki x bertanggung jawab….jalan terbaik cari haluan masing2 lah …x
Dua2 dh outdated dh tk lama lg.jd badul jd senario..ambik ko sombong sgt.kawin pun tk guna dua ekor nie
Amboii sedap mulut kau mengata ea…jozan tetap terbaik..smpi bila2 takkn pernh luntur..stakat org macam kau ni yg tak suka dia pe dehal ramai lg yg minat kt diorg ni..sy doakn terbaik untuk abg zizan n johan.much love..carik isteri yg molek2 na abang zan..gila2 mcm kak ozlyn pun ok
yep”’ jgn tungu lama2….jgn ingat dunia sja…kawin lh
Sampai seru kawin jer lah..sesama kpg pun ok apa..sng lagi balik raya x payah gaduh2x hehe..x payah m’gharap dr si dia…yg dpn mata itu nanti akan m’bahagia kan kita..percaya lah insha allah..
Go abg zizan.always love you pedulikn hters.#sahabatselamanyajozan,abang dgn kak lofa pun sesuai.muka sama duit pun dua2 berkepuk.jodoh sapa taw.dgn saya lg okay.ok bye
abang zizan saya punya akuuu sokooong kau!!! but dgn aq lgi sesuai kot
#molekgitu
#ingat molek ingat saya
No matter happen im still loving yu.dulu pernah suka pastu benci then minat balik sbb polis evo smpi skrg.kekalkn sikap u yg skrg ni smp bila2
..aq tktau nk ckp ape tpi kalau dgn lofa bang zan lgi sesuai kot….hihihi
tkyh sokong aq pun tkpe.hihi
Dah Mira lom nk kwin lg cmne Zizan nk kwin? Apa daa Johan ni?????
Comei
Alhamdulillah Tak Ada Komen Yang Buruk Buruk Dalam Ni…
#ZizanFans
Takpe walau awak bukn dgn sye.sy doakan terbaik utk awak.i mishh u so damn
Abg zizan msti cari isteri seksi x hengat donia cam Kak ozlyn tau…
Zizan mira tak bersedia nk kawin nk kejar cita2 dulu.engko cari lain jela.klu tunggu berhasil takpa gokk..andai jodoh tak kmna.tp better cri yg dah bersedia nk jd bini
Sweetnya jozan ni.suka tgok mereka.dua2 saling melengkapi.bila berdua jd lebih mantop.to zizan i doakan u cepat kahwin n jmpa pasgn hidup yg sesuai dgn u
Bagus laa sahabat yg baik akan sering mengingatkan sahabatnya sbb kawin ni tuntutan ibadat, sunnah Rasul SAW! Sapa yg sengaja niat x mau kawin tanpa alasan uzur syarie maka dia bukan umat nabi Muhammad! Bila dah mampu elok cepat2kan takut menanggung dosa sbb sengaja melengah2kan tanggungjawab! Mcm org bnyk duit tp x mau kluar zakat atau x mau tunai haji!
zam khwin jer boh,duit ad,khdpan pom breh…tekoh susoh galok nk khwin,..tp cri hk sdp mate hati tgok..waslm,kwn mu
Zizan razak pun tak boleh ketawa lagi macam kelakar kawin haahee.. sapa zizan tak ada pulak teman gadis idaman?