fbpx

Tiba masa untuk anda grab satu laptop yang hebat dengan reka bentuk yang menawan dan elegen. Yang pasti kualiti laptop keluaran HUAWEI ini tip top untuk teman anda sepanjang anda bekerja. Laptop bernilai RM2,499 ini lengkap dengan ciri dan teknologi yang wow sekaligus menjadikan laptop ini berprestasi perdana.


Lebih menarik lagi, anda juga bakal membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM1,287 termasuk FreeBuds 3, Bluetooth Mouse dan Microsoft Office 365. Terhad selagi stok masih ada di beberapa lokasi terpilih. Siapa cepat dia dapat!

Nak tahu apa yang hebat mengenai HUAWEI MateBook D 15? Jom kita layan.

1. Penampilan Yang Wow

Mempunyai rekaan bentuk luaran metalik dengan warna silver dan kemasan futuristik HUAWEI MateBook D 15 ini seberat 1.53kg dan ketebalannya lebih kecil dari 17mm.

Lebih menarik lagi, ciri paparan skrin FullView HD yang menjadi trend pada telefon pintar terkini, menjadikan HUAWEI turut sama membawanya kepada keluaran laptop terbaru mereka. Dengan HUAWEI MateBook D 15 ini, anda boleh melihat isi kandungan dengan sebanyak 87% pada skrin paparan penuh sekaligus memudah kerja anda dan anda dapat membuka banyak page hanya dalam satu skrin paparan sahaja.

Dengan resolusi IPS FullView display 1920 X 1080 dan skrin ratio 16:9 bakal membuatkan anda merasai pengalaman istimewa bersama HUAWEI MateBook D 15.

2. Bakal Buat Anda Lebih Tersenyum Dengan Ini

Kamera Tersembunyi

Menyedari bahawa privasi adalah keutamaan pengguna, HUAWEI telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan kemera tersembunyi di papan kekunci F6 dan F7. Webcam tersembunyi pada papan kekunci ini akan muncul apabila turn on camera dan secara automatiknya kamera akan pop up keluar.

Jadi dengan ciri ini tidak ada isu hack siber lagi di mana sebelum ini anda harus menutup kamera dengan jari atau tampalkan stiker pada kamera laptop untuk menggelakkan hack siber.

FullView Display-Blue Light Filter

Selain kamera tersembunyi HUAWEI MateBook D 15 ini memilik ciri menarik termasuklah skrin HUAWEI MateBook D 15 ini dilengkapi dengan TÜV Rheinland certified untuk melindungi mata.

Kolaborasi Skrin Pelbagai

Siri MateBook D memperkenalkan satu set baru keupayaan kerjasama silang skrin yang dibina di oleh HUAWEI One Tap Share. Ciri baru ini membolehkan HUAWEI MateBook dan telefon pintar HUAWEI untuk berkongsi paparan tunggal, di mana anda boleh transfer fail antara Windows dan Android.

Hanya menggunakan satu skrin sahaja iaitu skrin laptop untuk melihat, memindah mahupun menyimpan maklumat yang berada di telefon pintar HUAWEI melalui laptop ini. Terbaru, HUAWEI juga membolehkan anda untuk menjawab telefon melalui skrin paparan HUAWEI MateBook D 15.

Fingerprint Login

Anda boleh menghidupkan dan log masuk MateBook D anda tanpa perlu memasukkan kata laluan dengan hanya menekan button power, yang berfungsi sebagai sensor cap jari. Senang dan cepat kan dengan ciri terbaru HUAWEI ni.

Pocket charger

MateBook D 15 menggunakan pengecas type C yang sama seperti pengecasan telefon pintar HUAWEI anda. Jadi mulai hari ini anda dah tak perlu susah payah bawa pengecasan laptop yang bersar gedebak dan berat tu lagi.

Pengecas ini mampu menyokong perlindungan jika pengecasan anda terlalu panas dan secara automatik memotong jana kuasa bateri jika perlu untuk memastikan keselamatan.

3. Kekuatan dan Prestasi MateBook D 15 Yang Lebih Wow

HUAWEI MateBook D 15 ini dilengkapi dengan dua storan peranti iaitu 256GB SSD dan 1 TB HDD untuk meningkatkan kelajuan membaca dan taip sebanyak 50% ke atas memori saluran tunggal.

Laptop ini juga dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8 yang bersepadu, prestasi yang memberangsangkan, hiburan yang luar biasa. Kiranya dengan MateBook D 15 ni semua benda boleh dilakukan hanya dengan satu gadget sahaja.

Selain itu, Matebook yang bakal menjadi kegilaan ramai ini juga turut dilengkapi dengan PCIe SSD3, dan pembungkusan sehingga 8 GB dalam dua saluran DDR4 RAM.

Laptop ini bakal buatkan hidup anda lebih mudah dan cepat semasa melakukan pekerjaan. Harganya yang bernilai RM2,499 ini ternyata berbaloi-baloi.

Dengan hanya RM2,499 anda bakal menemui pelengkap hidup yang sempurna sekaligus dapat menemani kehidupan anda pada tahun 2020.

HUAWEI Matebook D15 dengan harga RM2,499 ini lengkap dengan HUAWEI FreeBuds 3, Office 365 dan bluetooth mouse yang bernilai sehingga RM1,287. Terhad selagi stok masih ada di beberapa lokasi terpilih. Siapa cepat dia dapat!

Semua ini anda boleh dapat dengan hanya serbu roadshow HUAWEI pada 18 Januari ini di Imago Mall, IOI City Mall, Queensbay Mall dan Sunway Pyramid.

Walaupun Apple MacBook dan laptop lain sedang hit di pasaran tapi tidak semua laptop yang berada di pasaran dapat menyediakan semua teknologi canggih ini dengan harga yang mesra bajet. Ini peluang untuk anda grab!

Layari Facebook HUAWEI dan laman HUAWEI untuk maklumat lanjut.