fbpx

Bercakap mengenai bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) ni, ramai yang gelisah apabila bil elektrik ini tak lagi mendarat di rumah disebabkan Covid-19. Bagi yang sudah mengetahui dan celik IT mungkin ramai yang akan semak melalui dalam talian. Tapi bagi golongan berusia seperti atuk dan nenek di kampung tu, hanya mengharapkan bil sampai rumah baru nak bayar.

Bagi yang ternanti-nanti bil anda tu, jangan risau meter reader TNB pun dah mulakan operasi bacaan meter bermula 15 Mei lalu untuk beberapa negeri di zon hijau dan kuning setelah 2 bulan terhenti semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Tapi bila dapat bil nanti jangan terkejut pula bila bil anda melambung tinggi. Itu disebabkan bil anggaran TNB semasa tempoh PKP adalah mengikut bil bulan sebelumnya. Jadi bila semua terima bil nanti, bil akan jadi tinggi.

Kenapa Bil Mesti Tinggi Pula, Sedangkan Sebelum Ini Harga Rendah?

Gambar Hiasan

Kami yakin bila bil sampai sahaja ke tangan anda, soalan kenapa dan mengapa bil melambung ni akan menjadi soalan yang pertama sekali keluar dari mulut anda kan. Relex biar kami jelas kan kenapa bil tinggi.

Antara sebab pertama bil anda tinggi adalah disebabkan bil ini untuk 2 atau 3 bulan (penggunaan elektrik 2-3 bulan). Kiranya dalam satu bil yang anda dapat tu akan digabungkan jumlah penggunaan selama beberapa bulan lepas. Jadi tak hairanlah kalau tinggi dari sebelum ini.

Faktor kedua yang menyebabkan bil anda melambung sudah semestinya disebabkan tempoh PKP ni anda satu keluarga duduk di rumah kan. Jadi penggunaannya sangat lah berbeza dari sebelum ini yang anda hanya buka aircond rumah tu bila balik kerja sahaja. Tempoh PKP ni 24 jam di rumah aircond pula on sentiasa disebabkan cuaca panas. Jadi tak mustahil peningkatan bil akan berlaku. Sebelum terkejut lihat jumlah perlu dibayar pada bil tu, cuba ingat kembali banyak tak penggunaan elektrik yang anda guna.

Untuk anda nak tahu berapa jumlah sebenar bil anda semasa tempoh PKP ni, bila terima bil nanti, tengok dalam petak kuning di bahagian kanan atas bil ada ditulis berapa jumlah perlu dibayar. Cukup lihat di situ untuk anda membuat pembayaran.

Mana Nak Cekau Duit Buat Bayaran Penuh Sedangkan Dah Berapa Bulan Gaji Cukup-Cukup Makan

Okey, part ni memang tak dapat dinafikan mana untuk anda buat bayaran sedangkan PKP ramai yang kehilangan pekerjaan mahupun gaji ditolak sedikit. Rupanya TNB bagi pilihan kepada anda untuk bayar melalui pelan bayaran mudah bagi meringankan beban untuk membayar penuh jumlah bil yang tinggi.

Anda boleh membuat bayaran secara ansuran sehingga 31 Disember 2020. Paling penting dengan pelan ini pengecualian surcaj lewat bayar bermula sekarang sehingga 30 September ini. Bukan itu sahaja, pemotongan bekalan elektrik akan ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020. Jadi bagi anda yang memilih pelan bayaran mudah ini, ini peluang anda untuk membayar secara ansuran dengan jumlah yang sedikit.

Bagaimana Pengiraan Pelarasan Bil Anggaran Dibuat?

Mungkin ada antara anda yang ingin mengetahui bagaimana pengiraan bil dilakukan. Biar kami terangkan. Misalnya, penggunaan dengan bacaan meter sebenar yang diperolehi pada bulan Mei adalah sebanyak 900 kWh.

Jadi penggunaan 900 kWh ini akan dibahagikan secara sama rata bagi tempoh 90 hari iaitu dari tarikh penggunaan sebenar pada bulan Februari sehinggalah bulan Mei 2020.

Jadi dengan adanya pelan bayaran mudah ini, anda boleh membuat pilihan samada untuk membayar secara penuh mahupun secara ansuran. Bagi anda yang masih kurang jelas mengenai bil atau akaun anda boleh menghubungi talian careline TNB 1-300-88-5454 atau email kepada [email protected].

*Gambar hadapan adalah gambar hiasan semata mata