fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila penyanyi Fyna Jebat dikatakan sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Memetik Harian Metro, kakak kepada penyanyi itu iaitu Ayda Jebat enggan masuk campur mengenai rumah tangga adinya itu serta meminta bertanyakan hal itu kepada Fyna.

BACA: Zainal Abidin, Fyna Jebat Dah Dua Minggu Bercerai

“Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari,” katanya.

Semalam tular apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen di media sosial apabila memaklumkan bapanya sudah menceraikan Fyna.

Malah, perkara itu turut disahkan oleh saudara terdekat Zainal yang mendedahkan pasangan itu sudah dua minggu bercerai.