fbpx

“Jangan Tanya Kenapa Saya Tidak Hadir”

Pastinya ramai mempersoalkan kelibat isteri Farid Kamil, Diana Danielle yang tidak kelihatan sepanjang dua kali Farid dibawa ke mahkamah termasuk semalam. Seolah memberi jawapan kepada persoalan itu, Diana meluahkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada suaminya di Instagram.

BACA: Keluarga Mahu Hantar Farid Kamil Berubat

“Sayangku FK (Farid Kamil). Jangan tanya kenapa anda (netizen) tidak melihat saya. Dia (Farid) ‘nampak’ saya dan tahu saya ada di sana. Dia dapat merasakan tangan saya menggenggam tangannya. Dan semua itu yang lebih bermakna buat saya,” tulisnya semalam.

Selain itu, Diana juga turut memuat naik puisi yang cukup mendalam yang dipercayai khas buat suaminya yang kini menghadapi dugaan yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Puisi tersebut sekaligus membuktikan kekuatan cinta mereka biarpun tidak dipaparkan di depan kamera.

Rata-rata peminat juga turut sama memberikan sokongan moral kepada Diana di ruangan komen. Ada juga yang sedih melihat dugaan hebat pasangan itu harus lalui bersama dua anak mereka yang masih kecil.

Terdahulu Farid telah direman empat hari atas empat dakwaan, termasuk menampar anggota polis dan menendang dua orang awal Khamis lalu. Bagaimanapun semalam Farid direman satu hari lagi bagi membantu siasatan. (rtky/w)