fbpx

Keluarga Mahu Hantar Farid Kamil Berubat

Adik kepada Datuk Farid Kamil, Dr Anis Anwar menyatakan hasrat mereka sekeluarga untuk membawa abangnya menjalani pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya apabila dibebaskan daripada tahanan reman nanti.

BACA: Farid Kamil Ditahan Reman Sehari Lagi

“Selepas dia dibenarkan keluar nanti, kita akan membawa dia ke pakar perubatan dan buat rawatan yang bersesuaian. Kita kena tengok dahulu laporan hasil pemeriksaan. Itu semua bergantung kepada penilaian hospital”

Sebelum ini Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid tidak menolak kemungkinan abangnya mempunyai masalah mental dan tekanan perasaan yang melampau. Bagaimanapun Fadzil meminta soalan mengapa Farid bertindak demikian kepada tuan badan sendiri.

“Banyak faktor yang boleh mendorong kepada tekanan perasan dan ia juga adalah salah satu daripada masalah mental. Buat masa ini kami masih belum tahu lagi punca yang membuatkan dia berkelakuan sedemikian”

“Beri dia sedikit ruang dan apabila keadaan dah terkawal boleh tanya tuan badan sendiri apa yang berlaku,” jelasnya kepada m Star Online mengenai tindakan Farid mengasari anggota polis dan rakan pelakon. (rtky/w)