"Media Sosial Saya Bukan Tempat Tambah Dosa"
Mengundang rasa tidak puas hati peminat kerana memenangi Bintang Paling Popular, ABPBH Ke-31, Wany Hasrita enggan laman sosialnya menjadi tempat menambahkan dosa, sekaligus menyekat komen negatif di Instagram.
BACA: “Saya Tetap Kata Wany Hasrita Tak Layak Menang”
“Paling teruk saya dikecam ketika beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-31, Februari lalu dan terbaru, selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 31 tempoh hari”
“Saya menyekat setiap komen negatif yang keterlaluan kerana tidak mahu menjadikan laman sosial saya sebagai medan perbalahan. Selain menyakitkan hati, dapat mengelak orang lain menambah dosa mereka memanjangkan lagi isu itu,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Kemenangan Wany mula dipertekaikan orang ramai kerana popularitinya yang masih biasa dibandingkan dengan selebriti lain. Bukan sahaja netizen, malah Fathia Latiff juga turut menyuarakan pendapat yang sama.
Wany bukanlah selebriti pertama yang menutup ruangan komen, beberapa orang selebriti lain turut berbuat perkara sama apabila terjadi sesuatu kontroversi, mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan. (rtky/w)
- SUMBER
- berita harian online
Pelik laa netizen ni benda2 remeh cmni pun mrk nk ambil serious sngt? Biar laa sapa pun yg menang. Kalau kita x minat x payah ambil tau jek. Salah korg jugak sbb x nk guna kesempatan bagi undi pd artis yg korg minat habis2an! 8 juta lbh tu voting dia kalah majoriti penyokong2 Anwar ko…hahaha
Aku tngk Wany ni ‘the next Ct’ kalau dia pandai atur kerjaya dia boleh jd legend satu hari nanti.
saya pun berfikiran mcm popia..pelapis CT..
betul tu…walaupun dah boleh nyanyi..tapi kena tetap pi kelas vokal bagi mantap range vocal dia dan supaya boleh nyanyi dengan steady kalau live..patut penyanyi2 yang hebat bukak class utk artis2 bbnu ni..bukan stakat practice nyanyi kt studio je..tengok misha omar tu..kire legend la jugakkan..tapi masuk lagi kelas nyanyi dengan dia fadila..syafinaz..kalau nk ikut dah terer sgt nyanyi dia tu…just saying la..
maaf cakap ye. TokSriTi umur 17 18 smpai skrg nnyi live perfect. sdgkn Wany nyanyi selalu tersekat di skala 3. bkn kutuk hina. tp realiti yg harus dterima. bkn fan TokSriTi tp beliau mmg 1 dlm sjuta. tp sayang lagu2 beliau skrg kurang power.
betul…lagu tokti skrg x best
Tp mungkin dgn kemenangan ni dia akan lbh rajin berlatih, berguru dgn lbh ramai guru2 vokal yg berpengalaman dan jd penyanyi yg lbh bagus.
Tgk+baca=click like kalau suka. Kalau tk suka diam .. tk payah tambah dosa..simple!!!
Meroyan pasal Artis buat apa..bukan drg kenal Kita Pon..
Dah habit suka membawang tu org tetap x berubah walau bertutup lingkup tp hati x bertutup.
ABP kali ni beri satu tip pd pengundi tuk ABP tahun mendatang…kalu nk retis korg menang jgn sesekali BG undi pd retis lain…
Inilah rezeki dia bersama keluarga..peminat dia kerja kuat buat undian..org suka dia yg merendah diri…vokal boleh diperbaiki dgn mengambil kelas vokal dan dia bukannya seorg penyanyi yg lahir dari rancangan realiti..beri peluang kat dia..