fbpx

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan sudah bernikah dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand.

Menerusi perkongsian di TikTok, netizen turut meminta usahawan sensasi, Sajat untuk memberikan pasangan mengenai kontroversi tersebut.

BACA: Sajat Minta Maaf, Dedah Hidap Kanser

@nursajatlegacymy

jaga anak masing². jaga percakapan masing². terutama yg ada anak perempuan #sajatvideo #sajatlive #sajat #nursajatlegacymy #fyppppppppppppppppppppppp #fyp

? original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY

Sajat berkata dia enggan mengulas panjang mengenai perkara itu serta meminta mereka diluar sana tidak berkata-kata mengenai anak orang lain bimbang anak sendiri pula yang terkena.

“Saya tak nak cakap apa sebab saya pun ada anak perempuan, biarlah mereka uruskan antara satu sama lain. Kita orang luar, kita tak boleh nasihatkan orang sebab kita tak ada di dalam situasi orang itu.

“Lebih baik deorang berkahwin daripada mereka buat perangai-perangai macam ‘Hot Daddy’.  Bagi saya mereka berkahwin dan halal.

“Kita pun ada anak nok, tak kisahlah anak angkat sekali pun. Jadi jangan sedap kata anak orang, silap-silap anak kita pula yang kena. Jangan sedap berkata-kata,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat turut menitipkan nasihat agar tidak terlalu cepat menilai atau menghukum orang lain kerana segalanya sudah tertulis.

“Jangan ingat orang tu jahat akan terus jahat. Tengok macam Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dulu masa dia muncul orang kata macam-macam, kontroversi itu ini. Tapi tengok dia sekarang.

“Tak semuanya teruk, kita belum tahu pencapaian lagi 10 tahun macam mana. Jangan cepat menilai orang. Itu semua dah tertulis, kun faya kun. Doakan yang baik-baik,” katanya.