fbpx

Sajat Minta Maaf, Dedah Hidap Kanser

Usahawan sensasi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan dia menghidap penyakit kanser.

Menerusi siaran langsung di TikTok itu, Sajat bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai penyakit kanser dihidapinya.

BACA: Sajat Kritik Netizen Beli Kek Tapak Kuda Guna Bahan Diboikot

Sajat turut memohon maaf kepada orang ramai andai ada salah dah silap serta meminta agar mendoakan dirinya agar terus sihat.

“Saya sebenarnya sakit awak…sakit kanser. Tunggu mati je awak. Kalau saya tak sempat minta maaf, saya minta maaflah eh. saya awak kita,” katanya.

Sementara itu, dalam siaran langsung lain, Sajat berkata dia tidak pernah mengganggu orang lain serta berharap netizen tidak bersedih kerana dia akan terus menghiburkan mereka meskipun sedang sakit.

“Saya dah kata walaupun sakit kanser, saya tak pernah kacau orang, saya tak pernah kacau rakan-rakan saya.

“Korang tak perlu rasa sedih, cukup-cukuplah. Selagi saya boleh berhibur, saya berseronok. Kalau tiba-tiba dah senyap, saya dah tak ada…,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Menerusi ruangan komen video yang disunting oleh pengguna TikTok lain, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati serta turut memohon maaf Sajat.