fbpx

“Jangan Putus Asa Keputusan SPM Teruk, Belajar Kemahiran…”

Semalam, telah pun diumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ramai tumpang gembira dengan keputusan cemerlang diperoleh yang dikongsikan di media sosial dan berita.

Turut menjadi perhatian perkongsian pelakon dan pengarah, Nam Ron yang mengakui keputusan SPM diperolehnya agak teruk kerana tiada satu A.

BACA: Netizen Terkejut Nam Ron Belanja Foto Separuh Bogel, Tutup Anu Dengan Patung Unicorn

Bagaimanapun, Nam Ron berkata dia bernasib baik dapat menyambung pengajian ke peringkat diploma serta dianugerahkan graduan cemerlang.

Dalam pada itu, Nam Ron turut menasihati kepada mereka yang kurang bernasib baik agar tidak berputus asa serta belajar dalam bidang kemahiran.

“Anak-anak, jangan putus asa hanya kerana keputusan SPM teruk. Belajar kemahiran kerana dengan skil kamu boleh berjaya dalam pekerjaan. Apa yang penting harus punya minat yang mendalam,”katanya.

Semalam, seramai 11,713 calon SPM 2023 atau 3.1 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.